Sejarah Awal Penubuhan.
Pada awalnya, perkhidmatan fasilitator ini begerak hanya berkelompok atau kumpulan kecil dan hanya beberapa orang sahaja fasilatator dapat dikumpulkan terdiri daripada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ia hasil cetusan bekas pelajar yang ingin menyumbangkan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar negeri Selangor Dan Perak.
Setelah membuat pemerhatian, ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masjid-masjid sekitar Selangor dan berpendapat memang perlu diwujudkan satu kumpulan fasilitator bagi membimbing anak-anak masyarakat islam di kawasan tersebut. Maka lahirlah Fasilitator Muslim atau Facy Muslim yang diketuai oleh bekas seorang guru iaitu Cikgu Amirul lepasan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak . Perkhidmatan ini juga dirangka bagi membantu atau memudah cara program, latihan, seminar, kem, dan kursus terutamanya program berbentuk kerohanian/dakwah khusus untuk anak-anak masyarakat Islam di Malaysia. Tenaga Fasilitator yang dilatih juga berlatar belakangkan islamik, berpendidikan serta mempunyai kemahiran dalam mengendalikan sesuatu program.
No comments:
Post a Comment