Perkhidmatan
Kami menerima program-program yang berbentuk kerohanian dan menyediakan juga program khas seperti;
- Kem Kerohanian:
- Kem Smart Solat / Bestari solat
Memberi pendedahan asas solat 5 waktu melalui teori dan praktikal. Modul disediakan beserta ujian penilaian kefahaman peserta sepanjang program.
- Fahaman Bacaan dalam Solat
Menerapkan kefahaman terutama dalam bacaan solat. Dengan pendekatan peserta bukan hanya dapat membaca malah memahami bacaan yang dibaca. Modul disediakan beserta ujian penilaian kefahaman peserta sepanjang program.
- Cintai Rasulullah (Penerapan Sunnah Rasulullah SAW)
Melahirkan individu yang mengamalkan sunnah Rasulullah SAW. Juga memberi pengenalan akhlak Rasulullah dengan lebih terperinci. Peserta bukan sahaja dapat mempraktikkan sunnah dalam kehidupan malah juga dapat mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
- Muslimah Solehah
Membina generasi muslimah yang solehah di dunia dan akhirat. Menerapkan fungsi muslimah dalam kalangan keluarga dan masyarakat serta mencontohi srikandi muslimah di zaman kegemilangan Islam.
- Kepimpinan Gaya Islam
- Kem Pembentukan Sahsiah/Akhlak
No comments:
Post a Comment